Saturday, January 8, 2011

Menyendiri

Salam~

Haih. Sekejap je dah masuk 2011. Aku pun ala-ala 19 tahun la. Dah tua dah. Pejam celik pejam celik, dah hampir pertengahan sem Dua aku di PASUM. Setakat ni, benda lain tip top. Cuma pelajaran yang agak ketinggalan. Haihh. Aku kena catch up gila-gila kalau nak dapat buat Biotech kat UM.


Itu satu. Lagi satu mungkin kerana aku terlampau sibuk dengan aktiviti lain. Terlalu banyak perkara berlaku serentak. Aku tak kisah sibuk. Tapi aku takut kalau aku tak dapat catch up untuk sem dua ni. First sem haritu dahla teruk. Kalau aku nak stay kat UM, aku kena dapat 4flat untuk second sem ni.

Aku tak salahkan aktiviti ini semua. Aku yang nak masuk benda-benda ni sebab aku yakin yang aku boleh uruskan masa aku. Aku kena pandai plan masa aku dari sekarang kalau aku betul-betul nak jadi orang yang sibuk satu hari nanti. Macam sekarang ni, aku ada kompang, props teater dan juga ajk feseni. Mungkin nampak seperti tak banyak, tapi dengan masa pelajar asasi yang sentiasa penuh, memang killer semua benda ni.

Walau bagaimanapun, aku tetap dengan pendirian aku. Aku tak salahkan benda ni semua. Aku pilih untuk sertai benda ni dan aku mesti uruskan semua benda supaya aku tak tertinggal dalam pelajaran. :) Usaha nabil! Usaha!

Kawan-kawan aku tak ramai yang tahu pasal apa yang dalam fikiran aku. Bukan diorang tak prihatin, tapi aku yang tak mahu cerita. Buat apa bebankan orang lain dengan masalah kita? Betul tak? Tapi aku tak tipu. Kadang-kadang teringin juga nak ada orang yang prihatin pasal aku. Yang berusaha nak korek jugak masalah aku. Tapi aku sedar aku siapa. :)

Dan tidak, aku tak marahkan tuhan dan sebagainya. Aku yakin semua ni, cuma ujian Allah. Untuk jadikan aku orang yang lebih berjaya dalam hidup. Almaklumlah, macamana nak jadi orang besar kalau diri sendiri tak ada nilai dan integriti?

Mungkin aku rasa aku seorang diri. Tapi aku tahu, ujian ini mendidik aku untuk jadi lebih berupaya untuk membuat keputusan sendiri tanpa perlu bergantung harap pada orang lain. Jadi apa yang aku pinta kepada Allah cuma satu. Berikanlah aku kekuatan bagi mengharungi dugaan Mu ini yaAllah. :)

On a different note, aku baru borong buku kat DTC hari tu! Terbangg seratus setengah. Haha. Tak apa. Buku tak luput kan. Jarang aku dapat beli buku banyak-banyak macam hari tu. Adala dekat 8 atau 9 buku aku beli. :D Banyak gila kannn? Ada buku Donald Trump, ada buku Jeffrey Archer dan yang paling penting, aku dapat beli p.s I Love You. :)

Lagi satu, aku ada ternampak satu model Canon ni. 550D. Nampak sangat menarik. Tapi harga pun menarik juga. RM2500. Haha. Tak apa. Aku rasa aku ada cara nak kumpul duit banyak tu. Korang tolong doakan aku dapat kumpul duit ya. :)

So, apa-apa pun, aku minta maaf sebab kali ni post aku emo sikit. Sebenarnya aku ni emo kalau korang nak tahu. Aku jarang tunjuk. Luar aku hias dengan gelak tawa. Tapi hati hanya empunya diri yang mengetahui. :)

No comments:

Post a Comment