Saturday, January 22, 2011

Midsem dah dekat..

 

Salam.

 

Aduss. Lama gila tak tulis post baru. Ni la jadinya bila sibuk sangat. Haihh. Aku pun tak tau lah. Result ntah apa-apa, tapi nak jugak menyibuk sana sini. Aku pun tak faham dengan diri aku.

 

Ehcehh. Intro yang sangat emo kan? Haha. Sebenarnya sebab tak tahu nak start macam mana. Tu je. :b

 

Apa-apa pun, tak lama lagi nak midsem dah. As of now, it’s Sunday, 0222 hundred hours. Besok adalah Midsem exam. YaAllah, aku rasa macam tak belajar apa-apa pun sem ni. Kesimpulannya, memang aku tak ready nak midsem. Aku pun tak tahu la nak buat macamana. Morale sangat rendah sekarang.

 

Astaghfirullahalaziim.

 

Haiiiihhh. Ok2. cukup dengan cerita yang penuh stress tu.

 

On a differet note, tadi ( Sabtu ) pergi keluar ngan budak busuk. Haha. Nak tahu sapa budak busuk? Pandai-pandai la carik sendiri. :b Lega la sikit stress ni. Thanks giler-giler sebab ajak keluar. ^_^ Kalau tak hari sabtu tu memang dah terjun blok dah.

 

Ok. Over.

 

Haha. But pape pun terimakasih banyak-banyak la. Walaupun rasanya dia ni takkan baca pun blog ni. Haha. Takpelah. Bahaya kalau puji die ni depan-depan. :b So kat sini jelah. Kannnn?;)

 

Aku nak letak gambar. Tapi apa pulak orang kata nanti kan? Haha. So takpelah. ;)

 

Ok. Aku sebenarnya nak cerita pasal teater yang aku join hari tu. LUKHA. Haha. Tapi masa tak mengizinkan. So tengoklah nanti ok. Smile

 

 

p/s: sabtu ni nak pergi tengok budak band SDAR and TKC. Sdar tengok section tersayang. tkc nak tengok adik tersayang. :) So yeah. Excited gile bab! Hope everything goes as planned. :)

 

 

Ok. Dah lewat. Aku nak tidur. Besok pagi ada rehearsal kompang. Nampak disitu betapa sibuknya aku? Haha. Degil kan. Aku pun geram dengan diri aku. Tu lah. Kalau ada awek kan boleh marahkan aku sikit.  :b Takdelah. Main-main je.

 

 

 

 

 

notakaki: korang pernah terfikir tak, "agak-agak kan, aoelah bakal suami/isteri aku tengah buat sekarang ek?” hahaha. Aku kadang-kadang terfikir jugak. Hehs. Maaf. Bunyi agak geli disitu. Tapi nak buat macam mana. Aku memang suka berangan. Kadang-kadang tu termenung jauh fikirkan masa depan. ;) Pada aku, tak salah kalau nak berangan. Tapi janganla berangan yang merepek-repek kan. macam kau kawin ngan alien ke. Itu dah melampau. Haha. cuma benda-benda kecik la.

Sebenarnya benda-benda macam ni beri kita impian.

 

“Impian adalah sebab kita bernafas.

Impian beri kenalkan kita kepada erti perjuangan.

Impian beri kita kekuatan untuk meneroka kehidupan.

Impian pulak beri kita harapan.”

~Dipetik dari skrip LUKHA. Hakmilik Abang Wan :) ~

:)

 

 

Best kan ayat kat atas? Haha. So apa-apa pun, aku nak kongsi sedikit nasihat lah dengan korang. Nasihat ni untuk aku juga. :)

 

 

 

“Kita hanya boleh merancang. Allah juga yang menentukan. Tapi ingat, takdir boleh diubah dengan usaha dan doa.”

Ingat tu. :)

Saturday, January 8, 2011

Menyendiri

Salam~

Haih. Sekejap je dah masuk 2011. Aku pun ala-ala 19 tahun la. Dah tua dah. Pejam celik pejam celik, dah hampir pertengahan sem Dua aku di PASUM. Setakat ni, benda lain tip top. Cuma pelajaran yang agak ketinggalan. Haihh. Aku kena catch up gila-gila kalau nak dapat buat Biotech kat UM.


Itu satu. Lagi satu mungkin kerana aku terlampau sibuk dengan aktiviti lain. Terlalu banyak perkara berlaku serentak. Aku tak kisah sibuk. Tapi aku takut kalau aku tak dapat catch up untuk sem dua ni. First sem haritu dahla teruk. Kalau aku nak stay kat UM, aku kena dapat 4flat untuk second sem ni.

Aku tak salahkan aktiviti ini semua. Aku yang nak masuk benda-benda ni sebab aku yakin yang aku boleh uruskan masa aku. Aku kena pandai plan masa aku dari sekarang kalau aku betul-betul nak jadi orang yang sibuk satu hari nanti. Macam sekarang ni, aku ada kompang, props teater dan juga ajk feseni. Mungkin nampak seperti tak banyak, tapi dengan masa pelajar asasi yang sentiasa penuh, memang killer semua benda ni.

Walau bagaimanapun, aku tetap dengan pendirian aku. Aku tak salahkan benda ni semua. Aku pilih untuk sertai benda ni dan aku mesti uruskan semua benda supaya aku tak tertinggal dalam pelajaran. :) Usaha nabil! Usaha!

Kawan-kawan aku tak ramai yang tahu pasal apa yang dalam fikiran aku. Bukan diorang tak prihatin, tapi aku yang tak mahu cerita. Buat apa bebankan orang lain dengan masalah kita? Betul tak? Tapi aku tak tipu. Kadang-kadang teringin juga nak ada orang yang prihatin pasal aku. Yang berusaha nak korek jugak masalah aku. Tapi aku sedar aku siapa. :)

Dan tidak, aku tak marahkan tuhan dan sebagainya. Aku yakin semua ni, cuma ujian Allah. Untuk jadikan aku orang yang lebih berjaya dalam hidup. Almaklumlah, macamana nak jadi orang besar kalau diri sendiri tak ada nilai dan integriti?

Mungkin aku rasa aku seorang diri. Tapi aku tahu, ujian ini mendidik aku untuk jadi lebih berupaya untuk membuat keputusan sendiri tanpa perlu bergantung harap pada orang lain. Jadi apa yang aku pinta kepada Allah cuma satu. Berikanlah aku kekuatan bagi mengharungi dugaan Mu ini yaAllah. :)

On a different note, aku baru borong buku kat DTC hari tu! Terbangg seratus setengah. Haha. Tak apa. Buku tak luput kan. Jarang aku dapat beli buku banyak-banyak macam hari tu. Adala dekat 8 atau 9 buku aku beli. :D Banyak gila kannn? Ada buku Donald Trump, ada buku Jeffrey Archer dan yang paling penting, aku dapat beli p.s I Love You. :)

Lagi satu, aku ada ternampak satu model Canon ni. 550D. Nampak sangat menarik. Tapi harga pun menarik juga. RM2500. Haha. Tak apa. Aku rasa aku ada cara nak kumpul duit banyak tu. Korang tolong doakan aku dapat kumpul duit ya. :)

So, apa-apa pun, aku minta maaf sebab kali ni post aku emo sikit. Sebenarnya aku ni emo kalau korang nak tahu. Aku jarang tunjuk. Luar aku hias dengan gelak tawa. Tapi hati hanya empunya diri yang mengetahui. :)