Salam! Hoho. Sudah sekian lama aku tidak menulis. Bukan sukahati tak mahu tulis, tapi tak ada masa. Jadi tolong faham ok? Haihh. Kini minggu ketiga sudah habis. Esok hari mulalah minggu keempat dan mulalah segala lab bagai. Oh Tuhan! Harap-harap aku mampu melakukannya! Maklumlah, sem dua ini aku dengarnya susah.
Memang susah pun. Lagi-lagi fizik. Rasa seperti mahu bakar saja DKU tu rasanya. Tapi tak baik la pulak kan. Bagaimana aku nak membuat piknik di DKU pada lain hari? Jadi aku terpaksa batalkan niat.
Niat di hati ingin merapik mengenai benda lain. Tapi tiba-tiba aku teringat yang ada jogathon hari sabtu haritu. Dan yang aku happy lebih-lebih ni kerana aku tak lari! Hoho. Bukan malas ya, tapi aku menjadi photographer. Seronok hati aku tengok diorang berpeluh-peluh lari dan aku naek motor. HAHAHAHAHAevil laugh!hohoho
haaa. lari-lari!
haa. nampak disitu? mereka tidak lari. PEMALAS! hohoho
-nampaknya afiq berubah dari photographer ke ahli checkpoin. haha
-haiii. makan angin sahaja kah?
-dan johan larian kategori lelaki adalah aku!
Baiklah aku tipu. Itu hadiah untuk kelas. Tak apa, janji aku pernah merasakan ambil hadiah! Ko pernah?
Tahniah kepada para pemenang kerana berjaya mendapat tempat di acara jogathon ini. anda hebat! Termasuklah bendahari kelas aku iaitu Atieya yang menjadi johan wanita.
Apa-apa pun, aku rasa sangat gembira akibat menjadi photographer ini. Cuma aku sedikit sedih. Kalaulah ada DSLR. Sudah tentu lagi mengancam kan? Haihh. RM1600. Aku ada RM10. Haaa. Tak jauh lagi. Hanya RM1590 sahaja!
No comments:
Post a Comment