Friday, December 3, 2010

Jati Diri

 

As Salam!

Haaa jangan terkejut kenapa aku tiba-tiba tulis pasal jati diri. Begini, ceramah jati diri ni memang dari first sem haritu dah ade dah. Tapi tu lah, dah nama pun tuan punya badan memang pemalas kan, ceramah jatidiri selama sem satu tu memang tak memberi kesan. Mana taknya, orang datang dengar ceramah, aku tengok movie kat belakang. Nampak kaitannya disitu?Ya, bagus.

 

Nak dijadikan cerita, hari ni pun ada jati diri. Kalau ikutkan mula-mula memang taknaaak sangat pergi. Almaklumlah. tidur di pagi hari sangat menggoda jiwa dan raga berbanding duduk di kerusi kayu dewan kuliah kan.menggerutu jubur dibuatnya. –__-“

 

Tapi entah macam mana, tita-tiba hati aku tergerak nak pergi hari ni punya jati diri. Konon tak nak dengar, dan cuma nak buat tutorial dan tidur. Aku sampai lambat ke DKU. Walaupun bangun awal, tapi aku pergi sarapan, burak ngan makcik kafe, abang dobi dan sama waktu dengannya.pengurusan masa saya sangat bagus, saya tau. Akhirnya setelah sejam ceramah bermula, aku pun sampai.

 

Ceramah tu pukul 830. Tapi, aku sampai pukul 930. Tak apa kataku, aku bukan mahu mendengar pun bukan? Jadi aku pun duduk di DKU yang sangat kosong itu. Tabah betul lecturer ni. Walaupun yang datang cuma setengah dewan, ceramahnya tetap bertenaga. Syabas! Thumbs up

 

Ok. Mule2 aku buat muke sombong.(dah nampak ciri-ciri bodoh sombing disitu) Tak mahu dengat dan terus keluarkan tutorial. (konon-konon nak buat lah kan. Tapi tak buat pun) So aku dengar la sipi-sipi. Aku dengar apa yang puan ni cakap macam teruja pulak. Aku pun stop buat tutorial dan tumpukan perhatian.

 

Ya Allah, rupa-rupanya ceramah dia sangat bermakna! Walaupun dalam masa yang singkat ni, banyak benda yang dapat aku catit dan jadikan renungan. Sumpah aku tak sangka yang ceramah ni sangat berguna dan sungguh relevan. Tiba-tiba hati ini rasa menyesal tak dengar dari dulu! Aku janji lepas ni nak dengar lagi. Haha. Best! Menang bermakna.

 

Aku dah lama tahu yang sikap bodoh sombong itu suatu yang bodoh.-_-“ Tapi aku tetap mengamalkan dengan penuh setia. Ternyata aku pun bodoh sombong. Tapi tak apa, insyaAllah lepas ni tak mahu lagi jadi macam tu!Open-mouthed smile

Hmm, kat bawah ni ada sikit yang aku sempat salin dalam masa satu jam tu. Haa. Silalah baca.

 

1.Many want to be great but many are not ready to sacrifice for it.yours truly. memang dalammmmmmmmmm. takpe2, belajar dari kesilapan.

 

2.  Jagalah maruah anda dalam apa jua cara sekalipun.

 

3. You are the one who educates yourself. Not others.

 

4. Ask yourself what must be done to achieve what you want.

 

5. The most important thing is where are we headed. NOT where we stand.-matlamat itu penting.

 

6. You fail because of the obstacles that you create yourself  and because you fail to control your mind.eyes on the prize! ingat!

 

7. Hasil yang cemerlang berasal dari usaha yang cemerlang dan kecemerlangan berasal dari usaha yang melampaui batasan!kena usaha lagi! come on nabil! macam ni ke gaya seorang businessman berjaya?

 

8. Everything that you have is Allah’s property. Jadi, JANGAN TAMAK!. Kongsilah apa yang anda ada dengan semua orang. Nescaya akan dibalas berlipat kali ganda.

 

9. Duit yang kita dapat pun adalah hak Allah. Jadi, cara kita menggunakan duit itu adalah amanah.

 

10. Bersedekahlah, bayarlah zakat harta anda. Tak salah kalau derma 10% dari pendapatan anda.

 

11. Feel the need to excel!

 

12. You ARE what you believe you are.

 

13. Jangan kutuk diri. Sebaliknya belajar dari kesilapan itu.

 

14. Ingatlah Allah ketika senang dan Allah akan ingat kita ketika susah. Itu adalah janji Allah S.W.T-ini fakta. bukan auta-

 

15. Tangani stres anda!:

     -exercise!

     -minum banyak air kosong

     -bertanggungjawablah atas diri anda

    -istighfar banyak-banyak-astaghfirullahal’azim!

 

16. Laksanakanlah tanggungjawab anda.

 

17. Think positively and know your limits.

 

18. Orang yang kalah adalah orang yang sukar menyiapkan apa yang sudah dimulakan. They look busy but they achieve little. -terasa-

 

19. Jiwa jangan jiwang!ops. terkena batang hidung.-_-“

 

20. JANGAN BODOH SOMBONG hahaha. baru je cakap.

 

21. If you feel down. Motivate yourself. Great achievers are the ones who motivate themselves. They don’t depend on other people.

 

22. Be your own motivator. Don’t wait for someone to cheer you or urge you. You are the one in charge of your body and soul. So you are the one that must give yourself a pep talk.

 

23. Why do people fail:

     -low self motivation

     -They don’t complete their tasks

     -They don’t take everything seriously

     -They give up easily

 

Haaaa. Nampak betapa banyak pesanan yang berguna? Ini baru satu jam. Belum dua jam. Belum yang dari awal semester lagi. Kalau anda rasa diri anda kurang berjaya macam aku, eloklah kalau kita sama-sama mengamalkan nasihat-nasihat di atas. Tak salah kalau diamalkan. Bukannya dia suruh kite sembah syaitan. Haa. Nampak kaitannya? Bagus.

 

Aku akhiri perutusan kali ni dengan satu quote yang aku jumpa di website favorite aku.

 

“A champion is someone who gets up, even when he can't”

-anonymous-

 

Apa-pun, hidup mesti ada rock Smile See yah. Salam!

 

 

No comments:

Post a Comment